Friday, July 22, 2011

Kem Bina Juara 2011

22 Julai 2011 - Kem Bina Juara yang merupakan Program j-QAF Daerah Muar/Ledang telah ditutup secara rasminya oleh ustaz Mohd Azhar Bin Tumin, Penolong Pengarah j-QAF Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada hari ini. Kem yang berlangsung selama dua hari bermula 21 Julai telah diadakan di Pusat KoKurikulum Muar, Denai Alam. Antara objektif kem ini diadakan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Turut hadir di majlis perasmian penutup ialah Us Hussin Bin Yusuf, Penyelia Pendidikan Islam PPD Muar dan Us Zakaria Bin Muhammad, Penyelaras Kem Bina Juara.( Berita dan Gambar sumbangan Us Zakaria B Muhammad )

0 comments:

Post a Comment