Assalamualaikum

Assalamualaikum Wbt; Selamat Datang Ke Portal Rasmi Panitia Pendidikan Islam Daerah Muar /Ledang , Johor. Tujuan utama portal ini diwujudkan adalah untuk membolehkan guru-guru gpi dan jQAF daerah Muar/Ledang berkongsi aktiviti , pengalaman , bahan dan sebagainya di sini. Selaras dengan dunia ICT sekarang kami berharap portal ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung . Sebarang teguran dan pandangan untuk portal ini sila ajukan kepada kami dengan menghantar email kepada gpimuar@gmail.com . Sekian Terima Kasih.-Admin gpimuar.blogspot.com


Saturday, October 15, 2011

Khemah Ibadat Kemanisan Iman Daerah Muar / Ledang

15 Okt 2011 - Program Khemah Ibadat Kemanisan Iman Daerah Muar/Ledang berakhir pada hari ini. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fazrul Azman Bin Hj Khairuddin, Penolong PPD Pendidikan Islam. Antara objektif program ialah dapat memberi pendedahan kepada pelajar akan pentingnya mengamalkan ajaran Islam. Program ini juga diharap dapat memberi persediaan kepada pelajar untuk melangkah ke alam sekolah menengah tahun hadapan, serta memantapankan ilmu Fardu Ain dan akhlak agar menjadi murid yg cemerlang dunia dan akhirat. Turut hadir pada hari perasmian penutup ialah Hussin Yusuf Penyelia Pend Islam PPD Muar, Zakaria Muhamad Penyelaras program.

Berita : Ustaz Zakaria B Muhamad
»»  read more

Thursday, September 22, 2011

Kursus Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Muar / Ledang 2011


22 Sept 2011 - Kursus Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Muar / Ledang 2011 telah diadakan di SMK Bukit Pasir bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.
( sumber dan gambar : http://abuafif08.blogspot.com/
»»  read more

Friday, July 22, 2011

Kem Bina Juara 2011

22 Julai 2011 - Kem Bina Juara yang merupakan Program j-QAF Daerah Muar/Ledang telah ditutup secara rasminya oleh ustaz Mohd Azhar Bin Tumin, Penolong Pengarah j-QAF Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada hari ini. Kem yang berlangsung selama dua hari bermula 21 Julai telah diadakan di Pusat KoKurikulum Muar, Denai Alam. Antara objektif kem ini diadakan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Turut hadir di majlis perasmian penutup ialah Us Hussin Bin Yusuf, Penyelia Pendidikan Islam PPD Muar dan Us Zakaria Bin Muhammad, Penyelaras Kem Bina Juara.( Berita dan Gambar sumbangan Us Zakaria B Muhammad )
»»  read more

Thursday, June 30, 2011

Tafsir Ayat: Solat dekatkan dengan Pencipta, erat silaturahim


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Sumber Berita Harian Online : 2011/06/30

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)
»»  read more

Monday, June 27, 2011

Banyak peristiwa Israk dan Mikraj boleh jadi teladan, peringatan

Oleh Ibrahim Abdullah
Berita Harian Online 2011/06/27

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami (Allah) berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk ayat 1).


»»  read more