Saturday, May 22, 2010

Multaqa GPI Dan jQAF Daerah Muar/Ledang 2010


Sabtu 22 Mei 2010 - Multaqa GPI Dan jQAF Daerah Muar/Ledang 2010 anjuran MAKDIS Daerah Muar/Ledang telah berlangsung pada hari ini. Multaqa yang diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Onn MRSM Muar. Perasmian nya telah disempurnakan oleh Tn Hj Shahbuddin selaku wakil dari PPD Muar. Multaqa kali kedua telah menjemput Ustaz Hasrizal bin Jamil dari STC untuk menyampaikan ceramah. Dalam Slot yang pertama beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Profesion Guru Pendidikan Islam Dan Cabaran Semasa ; Ke Arah Membina Pendidik Yang Terdidik . Manakala bagi slot yang kedua beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk : Pembugaran Usaha Dakwah di Kalangan GPI. Program ini merupakan program tahunan anjuran Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah-Sekolah ( MAKDIS ) Daerah Muar / Ledang.

0 comments:

Post a Comment