Thursday, April 21, 2011

Majlis Tadarus Al Quran & Festival Nasyid Daerah Muar dan Ledang 2011

Gambar Us Fazrul dan Us Hussin bersama johan bercerita Adik Mohd Syukri Abbas dari SK Dumpar dan kumpulan nasyid dari SK Pt Zain.

21 April 2011 - Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Daerah Muar dan Ledang telah diadakan di SK Dumpar , Muar. Enam pertandingan dijalankan Tilawah Al Quran, Hafazan Al Quran, Bercerita Kisah Al Quran, Jawi/khat, Berzanji dan Festival Nasyid. Majlis Penutupan rasmi oleh Us Fazrul Azman Bin Hj Khairudin , Penolong PPD Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Turut hadir Us Hussin Yusuf Penyelia PPD Muar, Tn Hj Khalid Mohd Dom Pengerusi Panitia Pendidikan Islam, Tn Hj Hamim Lahuri, Guru Besar SK Dumpar. Zon Tangkak muncul sebagai Johan keseluruhan setelah menjadi johan dalam Tilawah Perempuan, Hafazan Perempuan, Berzanji lelaki dan perempuan. Manakala Zon Maharani mendapat tempat kedua setelah mendapat johan Bercerita lelaki, Jawi /khat perempuan dan Johan festival nasyid. ( Berita & Gambar Sumbangan Ustaz Zakaria Muhammad - SK Dumpar )

0 comments:

Post a Comment